Pertama kali saya bergambar dengan ahli keluarga penuh semenjak mak denagan abah bercerai ketika berumur 5 tahun
Dari kiri (atas), emak, saya, abah, (bawah) sepupu,adik pi, abang pih
Dari kiri (atas), emak, saya, abah, (bawah) sepupu,adik pi, abang pih
Salam dari Ampang,
Pagi ahad di bumi Selangor setalah sebulan setengah bekerja sebagai jurutera masih terasa asing. Suasana semasa berada di kampus, penuh dengan liku-liku bersama sahabat-sahabat penuh dengan kenangan. Kadang-kadang terlintas di hati untuk kembali belajar di kampus dan mengambil ijazah sarjana pula. Cuma keadaan sekarang masih belum sesuai berbuat demikian memandangkan kedudukan kewangan yang agak tidak mengizinkan.
“Kenapa tak update blog tu teyo”.
“Masih cari modal la tu”.
“Lepas baca buku Ketika Cinta Bertasbih, ade la tu posting terbaru”.
Teringat suara rakan yang bertanya kenapa blog tidak dikemaskini. Apabila saya buka blog saya, memang betul tak dikemaskini. Masakan tidak, sebulan pertama kehidupan saya di Kuala Lumpur bukan cukup mudah, sangat sibuk. Maklumlah dalam usaha untuk menyesuaikan diri di tempat orang. Sebenarnya, saya masih tercari-cari perkara apa yang saya ingin kongsikan.
Pengalaman kerja?
“Aku nak berhenti la esok”
“Aku ingat nak tukar syarikat la”
“Kerja tutor ‘best’ tak?”
Sepanjang dua kali saya ada pengalaman bekerja (pertama kali bekerja semasa praktikal di PETRONAS Gas Bhd, Paka), dan sekarang di Eigen Matrix Sdn Bhd, dapati saya simpulkan saya bukanlah seorang yang suka bekerja. Kadang-kadang saya terpaksa berusaha keras bekerja untuk menghabiskan hari-hari di tempat kerja.
“Sebelum kamu semua keluar sekolah, saya ingin nasihatkan kamu pilih lah profesion doktor atau guru sebagai pekerjaan kamu. Dua kerja ni banyak menyumbang kepada masyarakat dan mendapat banyak pahala”,
Kata Cikgu Yazid semasa hari terakhir di Sek Men Sains Sulatan Mahmud yang saya ingat sampai sekarang.
“Kamu lepas ni cuba la kembali ke kampus, jadi pensyarah pula. Cubalah berbakti di tempat yang kamu belajar dulu. Duit berapa ribu pun tak pernah cukup. Nak dapat pahala senang bila mati nanti, selagi mana orang pakai ilmu yang kita bagi tu”.
Pesanan Encik Zul, bekas majikan saya semasa menjawat sebagai exco dua, majlis perwakilan pelajar selepas mengetahui yang saya hampir tamat belajar.
Selepas berfikir kembali, rupanya saya memang tidak boleh bekerja sebagai jurutera. Saya memang minat jadi pengajar atau usahawan, kerana dua pekerjaan tersebut memerlukan saya bertemu dengan ramai orang dan melatih saya untuk sentiasa rendah diri, sesuai dengan jiwa saya. Saya seorang yang suka berkongsi pendapat dengan orang ramai, mungkin kerana mempunyai darah anak seorang guru yang tidak dapat saya nafikan.
“Apakah haluan saya selepas ini?”sering saja saya berfikir sendirian. Jawapannya, saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Buat masa sekarang, mungkin saya akan teruskan profesion sebagai seorang jurutera ukuran. Berapa lama? Saya juga tidak tahu.
p/s: Baru-baru ini saya sempat membeli buku Ketika Cinta Bertasbih 1&2 di Masjid Jamek. Hari ini mungkin pergi lagi. Yang pasti, hobi saya membaca memang tidak dapat dipisahkan dari saya kerana saya seorang yang sangat sayangkan ilmu. Cuma hobi kedua saya berjalan-jalan masih belum tertunai dengan sempurna kerana saya masih belum merasai pengalaman menaiki kapal terbang. Lepas ni nak terbang ke mana ye?










0 comments:
Catat Ulasan