Salam dari Ampang.
“Jemput datang rumah ye”
Jemputan bekas naqib atau dengan kata lain naqib saya seumur hidup dan juga seorang sahabat ke majlis berbuka puasa sempena keberangkatan beliau ke University of Manchester, 16 September 2008 ini.
Sesungguhnya ukhwah atas nama akidah memang cukup unik dan utuh. Ia sangat berbeza dengan ukhwah atas nama sekolah, universiti atau kerja. Ia tumbuh atas kewajipan jalan dakwah. Demi Islam, ukhwah itu menyemai untuk tujuan yang satu, mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini.
Ukhwah atas nama akidah tidak perlu masa yang panjang, juga tidak perlu kepada wang ringgit. Cuma kefahaman kepentingan jemaah sudah cukup untuk membahagiakan hingga ke akhirat.
Saya rasa ukhwah atas nama akidah adalah tajuk tazkirah yang paling sesuai semasa majlis makan-makan di Tesco Ampang baru-baru ini. Entah kemana saya melencong membicarakan kisah Nabi Sulaiman ketika itu.

34. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesaranNya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami)
35. Katanya: " Wahai Tuhanku! ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaKu sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) Yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; Sesungguhnya Engkaulah Yang sentiasa melimpah kurniaNya ".
36. Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin Yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja Yang hendak ditujunya;
37. Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan Yang pandai mendirikan bangunan, dan Yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
38. Dan jin-jin Syaitan Yang lain dipasung Dalam rantai-rantai belenggu.
39. (serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa Yang Engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) Dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".
Surah Sad: Ayat 34-39
Ayat yang menceritakan kekuasaan Allah memberikan apa sahaja yang diingininya dan menarik kembali pemberiannya supaya manusia sedar dan dijauhi khurafat seperti yang UMNO selalu laungkan,
“Cuma UMNO yang boleh menjamin masa depan rakyat”.
Satu bentuk syirik yang berlaku pada zaman moden samada sedar atau tidak di sedari. Padahal Allah berkuasa memberi kerajaan yang paling besar dalam sejarah manusia kepada nabinya, tanpa ada susah payah sekalipun.
Bukannya salah menceritakan ayat itu, cuma tidak sesuai dengan keadaan.
“Sahabat kita menangis tidak dapat turut serta jamuan kita hari ini”
Siapalah sahabat saya tu agaknya yang menangis tu. Tapi, itulah ukhwah atas jalan dakwah. Ianya cukup sentimental, walau seolah-olah tidak wujud lagi ukhwah sebegini di era individualistik dan materialistik yang menghancurkan peradaban insaniyah.
Walau apapun, kami di sini mendoakan saudara Muhammad Afiq bin Muhammad Khazar sentiasa bahagia di bawah lindungan rahmat Allah selalu.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Jauh dimata, dekat dihati =P

1 comments:
saya adik afiq...saya rindukan abg afiq saya
Catat Ulasan