Selasa, Oktober 21, 2008

Mengisi masa terluang

A heavenly place was made into a Hell in a day.

Salam dari Ampang

Sekadar pengisian di masa terluang ini. Banyak benda yang ingin dikongsikan, cuma 'mood'nya tiada. Mungkin sekarang waktu tengah hari yang dingin beserta hujan renyai-renyai di bumi Ampang. Bumi yang tandus dengan manusia yang mempunyai sifat mempunyai tuhan, penuh dengan hamba yang materialistik yang hanya tahu mementingkan diri sendiri menanti ajal yang tidak pernah diingatinya. Itulah Kuala Lumpur. Bandaraya yang menghijabkan manusia dengan syurga Allah yang kekal abadi, juga menghijabkan manusia dengan neraka Allah untuk selama-lamanya

p/s: Akhirnya kembara saya di bumi Ampang akan tamat pada awal bulan November 2008 nanti. InsyaAllah saya akan memulakan hidup baru di Lumut bersama Kencana Petroleum bermula 10 November 2008. Walau di mana saya pergi, doakan saya kekal sebagai mujahid kerana dunia ini hanyalah sementara melainkan akhirat yang kekal abadi.

4 comments:

Amir Hamzah berkata...

Ha! Lari dari pandan..huhu~~

DIN berkata...

Haha..Bukan lari..cuma rasa tak seswai kat Pandan, ramai sangat.

Tanpa Nama berkata...

ramai sgt? emm..mmg ramai.. ramai sungguh.. sampai terfinah disebabkan oleh 'RAMAI'.

ye...

jasad mmg RAMAI, penumpang mmg RAMAI, pesinggah mmg RAMAI, penuntut mmg RAMAI, ahli usrah mmg RAMAI, ahli riadah mmg RAMAI, intelek mmg RAMAI, profesional mmg RAMAI..

tp...

RAMAI yg dtg menjenguk lalu pergi, RAMAI yg dtg menuntut lalu menghilangkan diri, RAMAI yg dtg mentekedarah lalu lari,RAMAI yg penumpang lalu bersilang kaki, RAMAI yg 'berisi' lalu menyepi..

akhirnya...

RAMAI yg x menguntungkan jemaah,
RAMAI yg x membela jemaah, RAMAI yg x sedikit pun mengurangkan beban jemaah, RAMAI yg x memenangkan perjuangan jemaah, RAMAI yg x sanggup menanggung mehnah, RAMAI yg sekadar membawa fitnah...

yg tinggal..

SEDIKIT yg SPM x abis mengaji, SEDIKIT yg membaca menulis x reti, SEDIKIT yg cacat tangan dan kaki, SEDIKIT yg berlapar setiap hari, SEDIKIT yg tinggal anak bini,
SEDIKIT yg perah keringat sepenuh hati, SEDIKIT yg x diperhati, SEDIKIT yg x kejar populariti, SEDIKIT yg x hambat serakah duniawi, SEDIKIT yg mmg x siapa yg peduli...

hakikatnya...

pandan dulu dan kini adalah SEDIKIT, SEDIKIT yg menanggung fitnah RAMAI yg sakit, pandan yg menyusur di jalan sempit, mengunyah racun yg perit, mencelah fitnah dihimpit-himpit, sekadar menanggung RAMAI yg membuncit...

Anda rasa diri tidak sesuai berada di kelompok RAMAI? Ayuhlah berpindah ke kelompok SEDIKIT. Anda akan mengerti....

DIN berkata...

Syukran untuk ulasan tersebut,

Ana lagi gembira kalau semua yang berada di Pandan baca ulasan ini,

Ana lagi gembira kalau Tanpa Nama terbitkan ulasan ini dihadapan orang-orang yang selalu berada di Pandan.

Sebab memang itulah realiti yang berlaku di Pandan,

Jawapan ramai ana cumalah alasan yang hipokrit ana kepada Amir.

Hakikatnya, bukan itu yang terbuku dihati ana, banyak perkara yang menyebabkan ana cuba untuk pergi ke tempat lain.

Bukan kerana ramai, tetapi adalah kerana 'RAMAI'.

Memang ana akan pindah ke kelompok SEDIKIT, cuma di tempat lain. Bukan setakat SEDIKIT, malah berSEORANGan.

Doakan ana mampu menjadi kelompok sedikit, yang bukan berada di sisi jemaah, tapi di dalam jemaah.

Kenapa bukan di Pandan? Hubungi ana secara 'personal', ana akan bagitau.